Personal Data Notice – Space Bookings
Personal Data Notice – Space Bookings (Casual Leasing)
Personal Data Notice (English)
This Personal Data Notice is issued by Pelaburan Hartanah Berhad (“PHB”), as the Licensor for the relevant premises, and its subsidiary, PHB Property Ventures Berhad (“PHBPV”), which administers space bookings on behalf of PHB.
References to “we”, “us” and “our” shall refer to PHB and/or PHBPV, as applicable to the relevant processing activity.
We are committed to protecting your personal data in accordance with the Personal Data Protection Act 2010, as amended from time to time (“PDPA”).
Data we collect
We may collect and process the following information, where applicable:
- Personal particulars, including name, designation, email address and contact number;
- Company or business information, including company name, registration number and business address;
- Booking information, including building, space, booking dates, event description and setup requirements;
- Vehicle details and supporting documents uploaded, including vehicle registration number, licence(s), insurance and other information required for access to or use of the premises; and
- Payment information, including billing and refund details.
Please be notified that all credit cards, debit cards and online banking payments are processed by our payment provider. We do not store any card numbers used for payments.
Why we use it
We may use your personal data for the following purposes:
- To process, verify and administer space bookings;
- To prepare and administer licence agreements, invoices, payments, refunds and security deposits;
- To facilitate work permits, security clearance, site access arrangements and coordination with building management;
- To communicate with you regarding your booking and related matters;
- To maintain records, conduct audits, resolve disputes and comply with applicable legal and regulatory requirements; and
- To provide information on our services, promotions and related activities, where you have separately consented to receive such communications. You may opt out at any time.
Who we share it with
We may disclose your personal data, where necessary for the purposes stated above, to:
- Companies within the PHB group, including PHB Facility Management Berhad, for building management, security, work permits and site access arrangements;
- Our appointed payment service providers, IT service providers and booking-system operators;
- Our professional advisers, auditors and other authorised service providers; and
- Government authorities, regulatory bodies or law enforcement agencies, where required or permitted by law.
Is it compulsory?
The provision of personal data marked as mandatory (*) in the booking form is required for the processing and administration of your booking.
Failure to provide such information may result in our inability to process, confirm or administer your booking.
Your rights
Subject to PDPA, you may request access to or correction of your personal data, limit its use for marketing or withdraw your consent. Notwithstanding the foregoing, any withdrawal of consent shall not affect (1) the processing already lawfully undertaken and (2) our obligation to retain information where required by law. Withdrawal of consent for information necessary to administer your booking may affect our ability to provide the relevant services.
Contact
Pelaburan Hartanah Berhad
Level 6, Block E, Dataran PHB
Saujana Resort, Section U2
40150 Shah Alam, Selangor
Email: info@phb.com.my
Tel: +603 7711 3000
For further information, please refer to our full Privacy Notice at: phb.com.my/privacy-notice
Notis Data Peribadi (Bahasa Malaysia)
Notis Data Peribadi ini dikeluarkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (“PHB”), selaku Pemberi Lesen bagi premis yang berkenaan, dan anak syarikatnya PHB Property Ventures Berhad (“PHBPV”), yang menguruskan tempahan ruang bagi pihak PHB.
Sebarang rujukan kepada “kami” dalam Notis ini adalah merujuk kepada PHB dan/atau PHBPV, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan aktiviti pemprosesan data peribadi tersebut.
Kami komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa (“APDP”).
Data yang kami kumpulkan
Kami boleh mengumpul dan memproses maklumat berikut, mengikut mana-mana yang berkenaan:
- Butiran peribadi, termasuk nama, jawatan, alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi;
- Maklumat syarikat atau perniagaan, termasuk nama syarikat, nombor pendaftaran dan alamat perniagaan;
- Maklumat tempahan, termasuk bangunan, ruang, tarikh tempahan, keterangan acara dan keperluan penyediaan ruang;
- Butiran kenderaan dan dokumen sokongan yang dimuat naik, termasuk nombor pendaftaran kenderaan, lesen, dokumen insurans dan maklumat lain yang diperlukan bagi tujuan akses kepada atau penggunaan premis; dan
- Maklumat pembayaran, termasuk butiran bil dan bayaran balik.
Untuk makluman, semua pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan perbankan dalam talian diproses oleh penyedia perkhidmatan pembayaran kami. Kami tidak menyimpan sebarang nombor kad yang digunakan bagi tujuan pembayaran.
Tujuan penggunaan data peribadi
- Memproses, mengesahkan dan mengurus tempahan ruang;
- Menyediakan dan menguruskan perjanjian pelesenan, invois, pembayaran, bayaran balik dan deposit sekuriti;
- Menguruskan permit kerja, pelepasan keselamatan, pengaturan akses ke tapak/premis dan penyelarasan dengan pihak pengurusan bangunan;
- Berkomunikasi dengan anda berkenaan tempahan anda dan perkara-perkara yang berkaitan;
- Menyimpan rekod, menjalankan audit, menyelesaikan pertikaian dan mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia yang terpakai; dan
- Menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan, promosi dan aktiviti berkaitan kami, sekiranya anda telah memberikan persetujuan secara berasingan untuk menerima komunikasi tersebut. Anda boleh menarik diri daripada menerima komunikasi tersebut pada bila-bila masa.
Pihak yang menerima data
Kami boleh mendedahkan data peribadi anda, sekiranya perlu bagi tujuan yang dinyatakan di atas, kepada:
- Syarikat-syarikat dalam kumpulan PHB, termasuk PHB Facility Management Berhad, bagi tujuan pengurusan bangunan, keselamatan, permit kerja dan pengaturan akses ke premis;
- Penyedia perkhidmatan pembayaran, penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan pengendali sistem tempahan yang dilantik oleh kami;
- Penasihat profesional, juruaudit dan penyedia perkhidmatan lain yang diberi kuasa oleh kami; dan
- Pihak berkuasa kerajaan, badan kawal selia atau agensi penguatkuasaan undang-undang, apabila dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
Adakah wajib?
Pemberian data peribadi yang ditandakan sebagai wajib (*) dalam borang tempahan adalah diperlukan bagi tujuan pemprosesan dan pengurusan tempahan anda.
Kegagalan untuk memberikan maklumat tersebut boleh menyebabkan kami tidak dapat memproses, mengesahkan atau menguruskan tempahan anda.
Hak anda
Tertakluk kepada APDP, anda berhak untuk memohon akses kepada atau pembetulan data peribadi anda, mengehadkan penggunaannya bagi pemasaran atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi tersebut. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, sebarang penarikan balik persetujuan tidak akan menjejaskan (1) pemprosesan data peribadi yang telah dilaksanakan secara sah sebelum penarikan balik tersebut; dan (2) kewajipan kami untuk menyimpan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Penarikan balik persetujuan terhadap pemprosesan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengurusan tempahan anda boleh menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan.
Hubungi
Pelaburan Hartanah Berhad
Aras 6, Blok E, Dataran PHB
Saujana Resort, Seksyen U2
40150 Shah Alam, Selangor
E-mel: info@phb.com.my
Tel: +603 7711 3000
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Notis Privasi penuh kami di: phb.com.my/privacy-notice
